Tuesday, May 6, 2008

ANGAN-ANGAN MENJADI KENYATAAN




Salam semua,




Lama juga saya berangan nak melibatkan diri dalam arena kekambingan ini. Kalau nak kira berapa banyak kali dah tergolek dek asik berangan-angan......sampai tak terkira dah. Tapi kini angan-angan aku semakin menjadi kenyataan. Dah 6 bulan cuba berkecimpung dalam arena kekambingan ini dan hasilnya.....Alhamdullillah. Berkat kesabaran walaupun sekali sekala tension juga kerana kambing diserang penyakit CLA (bisul) dan kurap. Orang baru jadi panik dia lebih la sikit. Nasib ada sifu-sifu kambing yang membantu, operate kambing tu dan hingga hari ni Alhamdullillah semuanya selamat dan sihat.

Salah satu Boer Cross yang sedang bunting




Dalam angan-angan dah ada 30 ekor Boer F1 hingga F4. Gred ni pun ikut kata penjual la (tuan punya kambing) semasa aku beli dari dia orang. Nak cakap betul ke tidak.......tuhan je la tau. tapi kalau tengok rupa memang ada la. Macam gambar kat atas ni, bapak dia Boer FB, mak dia aku pun tak tau nak cakap apa jenis. Takada tanduk tapi badan punya la panjang dan pendek. Harap-harap dia bunting kembar atau lebih la........(biasa la harapan penternak kambing).

Aku juga ada sekumpulan anakx kambing Boer yang dibeli selepas cerai susu. Sekarang umur dia orang dah masuk 4 bulan dan ada yang sudah mencapai berat 27 kg. Tapi ada gak yang makan kuat tapi berat naik sikit je baru 15 kg. Mungkin banyak cacing dalam perut dia agaknya.

OK la setakat ini buat malam ni. Seronok gak ada Blog sendiri ni ya. Padan la menteri-menteri sekarang sibuk nak buat Blog sendiri. Geng kambingpun banyak dah blog sendiri. Sehingga bertemu lagi.................salam